Beranda » Blog » Keris Melayu Sejarah

Keris Melayu Sejarah

Diposting pada 19 September 2014 oleh Pusaka Dunia / Dilihat: 842 kali

melayu sejarahKeris Melayu Sejarah.

Sejarah Singkat Keris Melayu.
Jika dilihat daripada kehebatan pahlawan Melayu, tidak sah jika kita tidak memperkatakan mengenai kehebatan senjata terutama keris yang mereka gunakan.
Keris Taming Sari milik Hang Tuah misalnya dikatakan mempunyai pelbagai kesaktian seperti melindungi tubuh penggunanya daripada dicederakan oleh mana-mana senjata.

Sememangnya keris ialah senjata kebanggaan penduduk Nusantara yang hanya terdapat di Malaysia, Indonesia, Brunei, selatan Thailand dan selatan Filipina. Namun, disebabkan keadaan Kepulauan Nusantara yang terpisah antara satu sama lain menyebabkan senjata-senjata tradisional telah mengalami perkembangan yang berbeza-beza.

Orang Melayu telah menempa dan menggunakan keris serta senjata-senjata lain semenjak lima ratus tahun dahulu. Antara alat-alat senjata lain ialah parang, pisau, badik, karambit, lembing dan sebagainya. Sehingga awal abad kedua puluh, kebanyakan senjata Melayu telah ditempa untuk kegunaan pertarungan, pertahanan diri daripada serangan. Dengan perkembangan kebudayaan dan sistem sosial, fungsi senjata telah mengalami perkembangan dan perubahan.

Walaupun mengalami banyak perubahan senjata ini masih mengekalkan ciri-ciri senjata pertarungan dahulu kala dengan meniitikberatkan keaslian dan buatan yang halus. Tetapi kini, fungsinya telah bertukar menjadi barang keramat yang mempunyai kuasa yang harus dihormati, barang yang dipuja, lambang ikatan keluarga, tanda jasa, tanda pangkat dan kuasa, barang mewah dan akhirnya dianggap sebagai karya seni. Senjata-senjata ini telah melalui masa perkembangan yang cukup lama sebelum mempunyai bentuk dan fungsi seperti sekarang. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis senjata sesuai dengan seni serantau.

Keris
Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar di pangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya. Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan keris terdiri dari jenis yang berlok, sama ada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus.

Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel. Persejarahan senjata di Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat. Keterampilan reka cipta Pandai Besi (pembuat keris) maka kepelbagaian alat persenjataan telah terhasil, antara yang amat digemari sehingga kini seperti keris, parang, kelewang, beladau, tombak dan banyak lagi.

Badik
Bentuk badik, hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada segi ukiran. Matanya lebih tegak, hulunya membongkok ke bawah.
Badik mempunyai mata yang lurus dan berkeluk seperti keris. Panjang matanya di antara 18 dan 20 sentimeter (sm) dan lebar 2 sm. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat. Badik mempunyai mata yang tebal di bahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya.

Lembing
Lembing pada dasarnya adalah senjata lontar. Batangnya diperbuat daripada kayu lurus berukuran sedepa, mata lembing dimasukkan ke dalam batang dan diperkuat dengan ikatan rotan atau simpai logam. Mata lembing lazimnya dibentuk seperti pisau dan jarang berduri. Lembing Melayu lebih pendek, ringan dan tajam mata dihujungnya. Terdapat berbagai jenis lembing kebanyakannya bermata tajam diperbuat daripada kayu atau buluh.

Unsur ghaib
Peranan senjata amatlah penting dalam naluri hidup manusia, selain digunakan sebagai alat berperang, mempertahankan diri, hiasan dan ia juga dikaitkan dengan unsur-unsur alam ghaib. Sesetengah masyarakat mempercayai sesuatu senjata itu mempunyai kuasa dalaman yang dapat membantu mempertingkatkan ilmu kebatinan kepada si pemiliknya. Kelok-kelok yang dibentuk pada senjata melambangkan nilai-nilai estetika yang tersendiri dalam menggambarkan daya imaginasi kemelayuan sejak zaman-berzaman dengan teliti dan kreatif.

Pada kebanyakan senjata seperti keris, lawi ayam, tumbuk lada, kelewang serta beberapa rumpunan yang serupa dengannya akan dihiasi dengan hulu yang diukir indah serta diberikan nama-nama tertentu seperti Jawa Demam, Kepala Nuri, Anak Ayam Teleng dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga dengan sarung atau rangka yang kebiasaannya diperbuat daripada kayu yang baik seperti teras nangka, tempinis, kayu kemuning, raja kayu dan sebagainya. Kesimpulannya, senjata tradisional Melayu sememangnya mempunyai keunikan tersendiri.

Demikian artikel mengenai Keris Melayu Sejarah dari PusakaDunia.Com.

Tags:

Keris Melayu Sejarah

Keris Melayu Sejarah

Sidebar
Produk Quick Order

Pemesanan dapat langsung menghubungi kontak dibawah:

Chat via Whatsapp

Ada yang ditanyakan?
Klik untuk chat dengan customer support kami

Admin 1
● online
Admin 2
● online
Admin 1
● online
Halo, perkenalkan saya Admin 1
baru saja
Ada yang bisa saya bantu?
baru saja